Saturday, April 18, 2009

18.04.09 | FRIM

Balau > Dream > Rover > Engkabang > Air Terjun > Balau > Turun balik (12KM)


1. Am
2. Cd

Janji dgn am. X payah aku eloberatekan lagi. Mmg menghampakan. Janji kul 9.30, aku sampai kul 10.30 sebab aku tau die mesti lambat. die sampai kul 11.30. So pasni apa yg aku bajet kne x2.

Apa2pun ride ari nie puas. Fuh mmg mencabar. Dan kiteorg bawak video cam dari PSP aku. So sebab cable camera tu susah nak dapat aku modify pouch aku jadi beg camera letak kat dada. Aku namakan "Bra Cam" Hasilnya agak memuaskan. Cuma ada sesetengah trail tu aku silap setting camera so nampak handle aku je. 

Letih betul ari nie. Peluh aku da mencurah2 macam air hujan renyai2 basah. Baju aku toksah citer la. basah kuyup. Harap2 la 70% lemak badan aku cair kali nie. hehehehe. 

Bermula dgn Balau naik ke dream trail dan turun ke rover.  Tu trek biasa kiteorg lalu. Tgh2 kat rover jumpe Lan dan Zhafiri yg ari nie mood dieorg nak jungle trackking. So janji ngan dieorg jumpe kat mamak. Depan tu skit am cakap ada trail ganas. Trail Engkabang. Mmg banas. Stok2 steep 2-3 kaki. mmg kene pandai pilih tempat nak lalu. Banyak sgt akar dan sengan sgt tergolek. RST kapa mmg gg la trail nie. Hard tail pun sakit. Hujung trail nie ada satu jurang yg sangat tinggi. Kat sini kene angkat basikal. Nasib baik ada tali untuk tolong turun. 

Lepas kuar Engkabang gi mamak minum kejap pastu am nak mandi lak kat air terjun. Aku layankan ajer since x de apa yg nak dikejarkan ari ne. Lepas mandi kiteorg plan nak balik tapi pikir2 aku tertinggal cover PSP aku kat atas bukit balau. Aduh... letih tu nak panjat. Tapi am kata kejap je. Nak x nak kene naik gak. Sampai atas x de la plak. Turun balik bukit balau tu.  Downhill die ganas gak. Silap ari bulan leh xplore dgn detail tanah merah kat trek tu.

Lepas pack2 basikal gi lepak Thaqwa sambil mengorat waiter indon yg comel. Ami ke apa tah nama die. BTW Am aku da jumpe cover PSP aku. Kat umah rupenya. hu  hu hu






Sunday, April 12, 2009

11.04.09 | Kayuhan X Jadi

Rumah > patah balik

1. Cd

Musim hujan skrang nie. Nak berkayuh pun susah. Bukan x pernah berkayuh dalam hujan tapi sorang2 tgh2 hujan x best la. Kul 5 lebih aku kuar rumah ingat nak usar jalan baru dari wangsamaju ke AU3. Jalan tu belum siap baru tar separuh dan separuh masih lagi batu2 gravel. Untuk MTB mmg no probla kan. Kayuh x sampai 15 min. turun amik gambar jalan. Lepas tu terus hujan.

Macam pelesit la aku kayuh nak balik rumah. Aku shortcut angkat pasikal panjat bukit sebab nak pusing jauh. Sampai rumah kepasrahan lalu membasuh basikal aku.

Saturday, April 4, 2009

04.04.09 | Mencari Janda Baik

R&R Genting Sepah > Janda baik > R&R Genting Sepah


Basikal: 2 RB + 6MTB
Total distance: 33.72km
Mula: 8.30am, habis: 12.30pm
Total ride time: 1:50
Average speed: 18.26

Aku dgn Lan paling lambat sampai, tapi sib baik sebelum dieorg gerak.. kalau x kene tinggal keretapi lagi la. Pagi2 tu semangat mmg tinggi duk depan je sebab turun bukit all da way sampai la ke junction ke janda baik. 1st bukit da azab, 2 org kene TnT. Aku akui kedrat aku x cukut kuat lagi. Maklumla, bertahun2 x bersenam. 

Masa dieorg tgh ajak2 kat email aku ada tanya, "route nie banyak naik bukit x?" dan ada yg menjawab "biasa2 je". kalau biasa2 ok la kot. Sebenarnya.... Janda baik nie berada pada aras 120m dibawah R&R genting sepah. So kalau time pergi bukit die pun da tercungap2, nie kan time balik. 

Selepas sampai ke pekan janda baik, kiteorg brenti kat bus stop. Time tu aku da x larat sgt. So geng2 lain teruskan perjalanan 3-4 kilo ke hadapan ke jalan mati dan patah balik. Dr. taufik nyer basikal pancit dan dengar2 die jatuh sebab pakai kasut clip dan x sempat unclip. Aku sorang stay kat situ. Dieorg suruh aku gi kedai Pak Andak dulu.. x nak la.. nak gak aku sampai beramai2 so x de le nampak pancit pada kaca mata org2 lain.

Lepas makan kiteorg ikut jalan lain skit, lalu la sebelah sekolah2 yg time u ada acara silat. Lalu la sebelah sungai tpt rekeriasi dan beberapa chelat. Tapi bukit2 sama je.. naik turun, naik turun. 

Kesian geng2 aku kene tunggu aku, bukan salah aku aku pancit sebegini.. semuanya salah rokok. Tapi aku kene isap gak. Macho do sap kok depan awek. hehehehee. Bile sampai kat climb akhir yg panjangnya aku rasa 3-4 km aku tgk sorang2 hilang dari pandangan aku. Tapi x pe la.. aku redo dgn apa yg ada. Kita untung la jugak boleh kayuh walaupun slow compare dgn org2 yg x bernasib baik. 

20 min selepas org depan aku sampai baru aku sampai. Kesian tgk muka semua tunggu aku baru nak balik. Sorry la ek. Next time aku makan pil tikus jantan kasi power skit baru ride. hehehehe.