2. Haidir
Baru-baru nie adik aku beli basikal lipat. Kebetulan Hidir pun ada basikal lipat. Aku pun nak try gak basikal lipat nie. Ajak je trus Haidir on.
Hidir dtg rumah aku. So pack 2 2 basikal dalam kereta aku dan bertolaklah kami pukul 5 camtu. Sampai2 cam biasa la.. penuh parking. Kami parking pun tepi highway je. Dari situ trus berbasikal pusing tasik.
Tasik cantik tapi belah2 belakang tasik nie agak horror gak.. air hijau dan berbau.. tapi couple2 rilek je dating. Mmg besar do tasik nie. Dan bermacam2 jenis aktiviti bole kita tgk. Paling ramai mmg main layang2 la. Macam2 jenis ada. Ada yg kayuh fixie tapi bab naik bukit mmg dieorg tolak la. Ramai jugak yg memancing. Tapi paling aku x berkenan geng2 rempit kat tasik nie. Da la laluan kecik dieorg bawak moto lak kat dalam mmg agak mengjengkelkan la. Tapi aku paham la.. tasik besar so nak jalan mmg jauh la.
Kami buat beberapa pusingan pastu lepak tgk awek main layang2 sambil minum 100 Plus.