Monday, November 2, 2009

31.10.09 | FRIM

Balau > Dream > Rover > Engkabang > Air Terjun

1. Am
2. Lan
3. Zamani
4. Cd
5. Wandy

Hari nie ride awal jugak.. kul 10 rasa. Aku dtg dgn wandy, Lan dgn Am kayuh dari rumah.. Zamani sampai trus gi mamak.. Die duk bising roti canai mamak RM 1 sekeping. huhu... aku ngan wandy jalan lu naik balau.. nanti jumpa dieorg kat entrance dream trail.. sebenarnya kiteorg nie pancit tu yg jalan dulu..

Sampai atas x lama pastu dieorg sampai. Lenjan dream trail sepantas boleh sampai la ke rover.. Brenti jap kat Air terjun refill air sambil usar budak UiA mandi manda. Masa nak turun tu am ajak gi Engkabang sebab nak shortcut balik, cuaca da makin gelap.

Enkabang lepas hujan makin ganas trek tu.. Slow je sorang2 turun. Wandy yg masih menggunakan RST Kappa terpaksa akur dgn situasi dan duduk kat blakang.. Tapi Zamani yg pakai hard tail lagi la.. cam naik kuda katanya. Kat hujung engkabang kene pikul basikal. Curam sgt cerun tu. Juara MTB Dunia pun x lepas aku rasa.

Keluar engkabang gi air terjun bawah beli nasi kukus ayam goreng makan ramai2 tepi air terjun. Fuh.. layann.



Monday, October 19, 2009

17.10.09 | FRIM

Balau > Dream > Rover > Bukit Hari > Steroid > 501 > Air Terjun


1. Am
2. Lan
3. Cd
4. Zamani
5. Yus
6. Mat Nor

Berbulan x cycle.. lemak di kaki da berkembang pesat. Lemak di perut? usah ceritalah. Lemang, ketupat, nasi dagang semua x habis cerna lagi. Mmg aku memerlukan aktiviti jika x nak lemak2 nie menjadi penduduk tetap Duodenum aku.

Da 2 minggi si yus beriya ajak kayuh kat frim. Maklumla basikal baru. Bagus jugak trip kali nie. Yus dan zamani yg da berzaman aku x jumpa sedar2 da mula berkayuh. Siapa yg racun aku pun x tau. Mat nor kawan seofis yus yg juga baru jugak berkecimpung dalam aktiviti sihat dan merbahaya nie.

Da kawin nie setup untuk ke cycle lain skit. kalau dulu bangun tido cuci muka pack basikal da boleh gi trek. Skrang kene beli sarapan dulu, tunggu isteri bersiap hantar dia ke ofis dulu baru boleh ke FRIM. Aku paling lambat sampai. Dalam kul 10.15 kot. Sampai2 bebudak nie tgh pasang basikal. Ada problem lak ngan basikal2 baru nie.. basikal yus rantai tersangkut kat body, basikal zamani handelbar x leh ketat. Jenuh aku tgk Am duk troubleshoot basikal dieorg.

Matahari da terpacak atas kepala baru kiteorg start kayuh, tapi x pa.. dalam hutan teduh dan nyaman. Mmg terasa badan nie berat sebab lama x kayuh. nak lepas bukit first tu pun da guna semua kalori nasi goreng sarapan tadi. Sebelum turun dream trail kiteorg rehat lama gak sambil repair gear basikal zamani. X pe la zamani leh buat alasan lambat .. hehehe..

Perjalanan di Dream trail berjalan lancar cuma mat nod terjatuh skali dan tidak cedera. Biasa la tu. Sampai di air terjun atas tu ramai budak2 sek dari johor tgh mandi manda dan bergurau senda. Zamani dan lan naik atas gi refill air, tapi lama betul die kat atas. turun2 die cakap ada amoi baik punya tgh mandi manda atas tu siap bawak tripod record acara dieorg tu. Tergerak gak nak naik atas tgk tapi malas la nak panjat batu2 tinggi tu. Lagipun aku da kawin.. mana leh usar awek2 lain...

Sampai di simpang clash zamani da start ajak aku shortcut balik tunggu kat mamak. Aku pun da nak terpedaya sebab da x larat nak naik bukit lagong. tapi rugi gak x tunjuk kat geng2 baru nie bukit steroid yg digeruni tu. kayuh gak la dgn tenaga yg minima. Sampai stroid Lan, am dgn yus je naik, lain sume da pancit. Lan pinjam basikal Merida mark 5 mat nor nak test hard tail panjat bukit. Yus separuh jalan je bukit stroid tu sebab x larat.

Keluar dari hutan nak lepak mamak tutup pulak sempena Deepavali nie. So kiteorg gi air terjun cari air ngan makanan. Aku beli nasi kukus RM 5 makan tepi air terjun. Fehh.. terasa sedap sgt nasi kukus tu. Nasi sedap + suasana nyaman + perut lapar + badan letih = kenangan terindah.

Aku sampai rumah kul 3.. x sempat tido da kene ambil isteri balik keje.


Sunday, August 2, 2009

02.08.09 | FRIM

Balau > Dream > Rover > Bukit Hari > Steroid > 501 > Air Terjun

Route : http://picasaweb.google.com/lh/photo/LfQd9YftOZXRxAP3baoY4Q?authkey=Gv1sRgCK6p5YX9iqW_1QE&feat=directlink

1. Am
2. Lan
3. Cd
4. Elle

First time am datang awal. Hampir x percaya bile aku nampak kelibat die kat petronas gombak kul 9 pagi. Elle member am nak folo and dieorg suruh aku guide die gi frim. Am ngan Lan nak kayuh gi sana. Suke ati dieorglah. Sampai2 frim jumpe faizal, fairuz and the geng.. aku da cuak. Ahhahaha bukan apa.. aku mmg x leh follow dieorg nie. Dieorg ibarat kuda aku nie baru level kambing gurun. Tak lama lepas tu Am ngan lan sampai.

Siap2 pasang basikal kiteorg gerak. Am nie pun satu.. Elle nie da la first time da dibawak nya dream trail. Aku yg da banyak kali pun x mahir lagi mengendalikan jentera basikal ku mengharungi rentangan di dream trail. Tapi alhamdullilah semua selamat sampai ke rover. Panjat rover brenti kat air terjun atas refill air. Aku x confident sgt air sungai nie memandangkan banyak case e-coli dan stok air aku ada banyak lagi.

Turun Rover gi bukit lagong trus ke steroid. Am sorang panjat. Aku ngan Lan temankan elle kat bawah. Kesian die sorang2 kalau kitaorg naik (padahal aku pun x larat). Lepas tu ke 501 nak sampai ujung aku ngan am ikut lorong kecik offroad yg kuar kat sungai kecik tu. Lan ngan elle lalu jalan.

Elle nie stamina leh tahan. Boleh tergugat gak la aku. Kalau wandy ada mau kene titik. Ahahahaha.. Da la aku da x kayuh 2 bulan. Stamina x sempat nak power da kene kontrol hebat. Ari nie kaki aku cam kebas2. Tapi x pe.. Mmg aku rindukan badan basah berpeluh. Rasa puas dgn ride kali nie.

Lepak mamak dalam 1/2 jam gi singgah air tejun dan terus balik. Lan nak kayuh balik. Am da pancit tumpang kete aku. Elle folo blakang pastu die potong aku dgn pantas. Skali ada roadblockla plak. Aku nampak kete elle kene tahan polis. Rasa nak brenti.. tapi da terlepas jauh. Aku nampak Lan yg kayuh tu brenti kat kete el.

el ko kene saman ke?

From We are the


Thursday, July 30, 2009

30.7.09 | Le Tour De PPUKM

Keliling PPUKM (3 KM) | Maluri - Pelita KLCC - Maluri ( 9 KM)

1. Staff PPUKM
2. Gedebe (Pak Wan, Pak Kamad and Kak Faridah)


Sempena hari keselamatan PPUKM, untuk upacara penutuk organizer nak buat kayuhan basikal beramai2. Dalam 30 basikal show up. 20 daripadanya dipinjamkan oleh unit sukan UKM bangi. 3 km je. Peluh pun x sempat kuar. Tapi ramai awek2 kayuh layan gak arr.

Balik dari tu Deen, Am ngan Faizal ajak lepak pelita. Aku alang2 da bawak basikal nie kayuh la skit. Park kete kat maluri kayuh ke KLCC lalu bulatan pandan. Gle kete laju2 semua x sabar nak balik rumah setelah penat seharian bekerja.

X de part yg menarik pun cuma.. shok tgk aku lagi laju dari kete yg tgh jem.. heheheh

BTW : nie kayuhan pertama setelah 2 bulan stop akibat berkahwin :)

Monday, May 18, 2009

17.05.09 | Batu Dam

Riverstone Resort > Bukit Bukau > Sungai > Tepi Tasik > Empangan > Tempat Kayak > Riverstone (12.9 KM)


1. Am
2. Cd
3. Deen
4. Faizal
5. Fairuz
6. Nani

Nani first time kayuh basikal da kene ikut trail yg ganas. Salahkan Am Nani. Kali nie gerak awal dalam kul 10 ke Batu dam. Sampai2 ke riverstone jumpe satu group geng2 camping baru balik mandi tasik. Awek2 cun melambai pada ku. Hu hu.

Jalan je skit dari riverstone dieorg kona gi simpang yg ada bukit melampau.. Mmg melampau weh. Siap ada rekahan lagi tgh2 tu. Aku rasa 2 kali stroid ada kot. Aku kayuh skit je, lebih tu aku tolak menemankan am dan nani. Banyak gak simpang atas nie, skali tu kene jalan mati kene la naik balik bukit tinggi tu. Siap ada lalu tanah runtuh lagi. Banyak track macam da lama org la x lalu.. Pohoh2 renek da menutupi trek. Hanya percayakan faizal kami membontoti dia. 

Lama jugak baru sampai sebatang sungai. Sampai situ rehat2 basahkan badan skit. Kalau Nani x de, aku da separuh bogel berendam. Tapi x pe, kepala aku da berendam dalam tu. Lepas sungai first nie jalan da x berbukit bukau, Landai je lalu tepi2 tasik. Mmg cantik. Siap lalu kebun2 buah. Banyak gak port2 mancing sini. Ada bot2 pancing, rumah2 pancing. Siap ada org camping smbil memancing. 

Mula2 faizal cakap kene patah balik. Aku da nak givap da. Jauh do nak sampai empangan. Tapi ada lobang kat empangan tu, so kiteorg angkat basikal lalu empangan. Sgt nice view dari situ. Din kegembiraan siap amik video sambil menyanyi lagi ngan hp sambil berbasikal. 

Keluar empangan dekat pusat kayak Malaysia dan kiteorg berenti kat tempat rehat tepi tu makan aiskrem. Aku respek gak ngan Nani nie, first time folo tapi x mengeluh pun. Cuma die kurang pengalaman je lagi. Stamina da ok. Ok Nani pasni jgn x nak kayuh lagi.


Saturday, April 18, 2009

18.04.09 | FRIM

Balau > Dream > Rover > Engkabang > Air Terjun > Balau > Turun balik (12KM)


1. Am
2. Cd

Janji dgn am. X payah aku eloberatekan lagi. Mmg menghampakan. Janji kul 9.30, aku sampai kul 10.30 sebab aku tau die mesti lambat. die sampai kul 11.30. So pasni apa yg aku bajet kne x2.

Apa2pun ride ari nie puas. Fuh mmg mencabar. Dan kiteorg bawak video cam dari PSP aku. So sebab cable camera tu susah nak dapat aku modify pouch aku jadi beg camera letak kat dada. Aku namakan "Bra Cam" Hasilnya agak memuaskan. Cuma ada sesetengah trail tu aku silap setting camera so nampak handle aku je. 

Letih betul ari nie. Peluh aku da mencurah2 macam air hujan renyai2 basah. Baju aku toksah citer la. basah kuyup. Harap2 la 70% lemak badan aku cair kali nie. hehehehe. 

Bermula dgn Balau naik ke dream trail dan turun ke rover.  Tu trek biasa kiteorg lalu. Tgh2 kat rover jumpe Lan dan Zhafiri yg ari nie mood dieorg nak jungle trackking. So janji ngan dieorg jumpe kat mamak. Depan tu skit am cakap ada trail ganas. Trail Engkabang. Mmg banas. Stok2 steep 2-3 kaki. mmg kene pandai pilih tempat nak lalu. Banyak sgt akar dan sengan sgt tergolek. RST kapa mmg gg la trail nie. Hard tail pun sakit. Hujung trail nie ada satu jurang yg sangat tinggi. Kat sini kene angkat basikal. Nasib baik ada tali untuk tolong turun. 

Lepas kuar Engkabang gi mamak minum kejap pastu am nak mandi lak kat air terjun. Aku layankan ajer since x de apa yg nak dikejarkan ari ne. Lepas mandi kiteorg plan nak balik tapi pikir2 aku tertinggal cover PSP aku kat atas bukit balau. Aduh... letih tu nak panjat. Tapi am kata kejap je. Nak x nak kene naik gak. Sampai atas x de la plak. Turun balik bukit balau tu.  Downhill die ganas gak. Silap ari bulan leh xplore dgn detail tanah merah kat trek tu.

Lepas pack2 basikal gi lepak Thaqwa sambil mengorat waiter indon yg comel. Ami ke apa tah nama die. BTW Am aku da jumpe cover PSP aku. Kat umah rupenya. hu  hu hu






Sunday, April 12, 2009

11.04.09 | Kayuhan X Jadi

Rumah > patah balik

1. Cd

Musim hujan skrang nie. Nak berkayuh pun susah. Bukan x pernah berkayuh dalam hujan tapi sorang2 tgh2 hujan x best la. Kul 5 lebih aku kuar rumah ingat nak usar jalan baru dari wangsamaju ke AU3. Jalan tu belum siap baru tar separuh dan separuh masih lagi batu2 gravel. Untuk MTB mmg no probla kan. Kayuh x sampai 15 min. turun amik gambar jalan. Lepas tu terus hujan.

Macam pelesit la aku kayuh nak balik rumah. Aku shortcut angkat pasikal panjat bukit sebab nak pusing jauh. Sampai rumah kepasrahan lalu membasuh basikal aku.

Saturday, April 4, 2009

04.04.09 | Mencari Janda Baik

R&R Genting Sepah > Janda baik > R&R Genting Sepah


Basikal: 2 RB + 6MTB
Total distance: 33.72km
Mula: 8.30am, habis: 12.30pm
Total ride time: 1:50
Average speed: 18.26

Aku dgn Lan paling lambat sampai, tapi sib baik sebelum dieorg gerak.. kalau x kene tinggal keretapi lagi la. Pagi2 tu semangat mmg tinggi duk depan je sebab turun bukit all da way sampai la ke junction ke janda baik. 1st bukit da azab, 2 org kene TnT. Aku akui kedrat aku x cukut kuat lagi. Maklumla, bertahun2 x bersenam. 

Masa dieorg tgh ajak2 kat email aku ada tanya, "route nie banyak naik bukit x?" dan ada yg menjawab "biasa2 je". kalau biasa2 ok la kot. Sebenarnya.... Janda baik nie berada pada aras 120m dibawah R&R genting sepah. So kalau time pergi bukit die pun da tercungap2, nie kan time balik. 

Selepas sampai ke pekan janda baik, kiteorg brenti kat bus stop. Time tu aku da x larat sgt. So geng2 lain teruskan perjalanan 3-4 kilo ke hadapan ke jalan mati dan patah balik. Dr. taufik nyer basikal pancit dan dengar2 die jatuh sebab pakai kasut clip dan x sempat unclip. Aku sorang stay kat situ. Dieorg suruh aku gi kedai Pak Andak dulu.. x nak la.. nak gak aku sampai beramai2 so x de le nampak pancit pada kaca mata org2 lain.

Lepas makan kiteorg ikut jalan lain skit, lalu la sebelah sekolah2 yg time u ada acara silat. Lalu la sebelah sungai tpt rekeriasi dan beberapa chelat. Tapi bukit2 sama je.. naik turun, naik turun. 

Kesian geng2 aku kene tunggu aku, bukan salah aku aku pancit sebegini.. semuanya salah rokok. Tapi aku kene isap gak. Macho do sap kok depan awek. hehehehee. Bile sampai kat climb akhir yg panjangnya aku rasa 3-4 km aku tgk sorang2 hilang dari pandangan aku. Tapi x pe la.. aku redo dgn apa yg ada. Kita untung la jugak boleh kayuh walaupun slow compare dgn org2 yg x bernasib baik. 

20 min selepas org depan aku sampai baru aku sampai. Kesian tgk muka semua tunggu aku baru nak balik. Sorry la ek. Next time aku makan pil tikus jantan kasi power skit baru ride. hehehehe.

Monday, March 30, 2009

29.03.09 | Mamak Nite Ride

Rumah > Jumma > Rumah (12km)

Route : http://picasaweb.google.com/lh/photo/DsC7MsNfBfdNzowYWRnkVg?authkey=Gv1sRgCK6p5YX9iqW_1QE&feat=directlink

1. Cd

Weeken lepas x dapat ride sebab gi kursus kawin. Kakiku gatal ingin mengayuh. Aku sms hidir, azrul n mk iela ajak lepak kedai tomboi. Slalu aku amik dieorg sebab umah aku paling ujung tapi kali nie aku nak kayuh.

B4 gerak aku cek lampu dan condition basikal. Lampu lip lap blakang aku malap la plak. Ari tu tertinggal open dalam kete sehari. Da la bateri kedai tu kasi cap ayam. Maklumla lampu RM 5 inggit.

Janji kul 11, 10.30 aku gerak dari rumah sebab last time aku try hampir 30 min nak sampai. Tapi kali nie renyai2 dan suasana sejuk. x sampai 20 min aku sampai. Skali kedai tomboi tutup . Sms dieorg sume tukar tpt gi jumma.

Lepak2 sampai kul 1 aku gerak balik tapi balik ikut jalan dalam. Jalan nie dekat skit tapi gelap cam cerita zombie kg pisang. Cuak benda tu satu hal, cuak kene pow pun satu hal. Len kali kene lalu jalan besar la.

Monday, March 23, 2009

23.03.09 | KL Night Ride

Thaqwa > Titiwangsa > Pelita KLCC > Bukit Bintang > Pudu > Dataran > Padang Merbok > Lake Garden > Masjid Jamek > KLCC > Sentul > Thaqwa (33.4 KM)


1. AM
2. Deen
3. Faizal
4. Cd
5. Ali (titiwangsa to Pelita)

Asalnya aku gian nak kayuh je, ajak am gi lepak minum. Skali ramai pulak nak ikut. Belasah je la. AKu bawak basikal aku naik kete gi Thaqwa. Malas aku nak kayuh sorang kalau nak RV kat Pelita sebab nanti balik kene sorang2. Malam2 bahaya woo kayuh sorang2.

Dari Thaqwa kami ke titiwangsa, Ali tunggu kat sana. Lepas tu ke pelita. Sampai pelita kami lepak minum sambil sembahyang marghrib. Aku lupa lak nak bawak lampu. Sib baik faizal bawak 2 kasi aku pakai 1. Lampu belakang lak malu2 je nak nyala sebab ari tu aku ter on masa tinggal dalam beg.

Kami melalui KLCC dan Bukit bintang. Berlari2 guard2 shopping complek x bagi kami naik ke pedestrian. Siap jerit2. Org malaysia nie mmg x de sifat menyanyangi penunggang2 basikal. Rasa terhina pun ada. Bukan apa, jalan kat kl korang tau2 je la camne kete ngan moto die. Lagi pun kalau naik pedistrian kiteorg akan kayuh super slow. Ataupun tolak basikal je di tempat yg ramai sgt org. Harap kerajaan dapat memikirkan laluan utk pengunggang basikal ini.

Sampai Dataran aku baget nak lepak2 pastu patah balik. Faizal lak melulu gi arah lake garden. Time naik bukit kat padang merbok tu aku da pancit gle. Tolak basikal skit. Kool gak kayuh kat area2 tu, lalu taman burung, taman rama2 dan taman skodeng. Turun dari bukit tu kiteorg test speed tanpa kayuh. Semua tunduk arr ala2 basikal racing. Ternyata fork Rockshok Dart3 aku membantu (padahal x de mende pun).

Sampai klcc balik faizal trus ke ampang balik. Kami bertiga ke gombak. Time tu aku rasa kaki aku da limit. Otot peha aku sakit gle. Aku cakap ngan dieorg jgn laju. Tapi dieorg cam motobot gak laju. Tapi dieorg tunggu la kalau da jauh sgt tertinggal. Masa ni kiteorg ada istilah baru "sokongan moral". So kalau aku jerit "sokongan moral wei" am ngan din akan tolak aku. AHahhahaha aku leh rilek jap tanpa stop basikal. Berjaya gak la taktik nie.

Aku kayuh super slow dari sentul ke gombak. 30 min. Nak wat camne, peha aku da bergetar2 keletihan. Alhamdullilah, dapat la jugak folo geng2 tenaga kuda nie. Cuma last 5km je aku da limit. Sampai Thaqwa kul 11 lepak makan2 balik.

Sunday, March 22, 2009

22.03.09 | Putrajaya Challenge Park

Album : http://cid-e7399e5ccd805e9f.skydrive.live.com/browse.aspx/PCP

1.Am
2.Lan
3.Wandy
4.Deen
5.Cd

Asalnya ble dieorg kata nak gi Putrajaya aku baget nak pusing2 wetland, skali alang2 da sampai putrajaya gatal lak nak gi PCP yg belum siap tu. Sampai PCP kul 12 tgh hari, kalau pusing2 wetland mmg mati rentung aku. Nasik baik PCP ride bawah conopy. 

Kiteorg tanya2 dgn geng2 basikal sini. Ramai gak yg dtg walaupun belum siap. Aku tau salah masuk secara haram tapi x bleh tahannn. Start2 panjat bukit skit trus downhill yg agak ganas. Lepas tu panjat bukit tinggi. Dalam kayuhan2 awal rantai lan putus, trus hampa tgk muka lan time tu. Nasib baik x jauh. Masa lan tgh tolak basikal die wandy suruh brenti.. Die volunteer nak tolak basikal lan ke bawak since die dapat rasakan badan die agak x sihat masa tu. Ok la, lan pun continue dgn basikal wandy.

Kebanyakan trek sini adalah trek teknikal tapi downhill die ganas sgt untuk mereka2 yg pakai basikal cikai cam aku. RST Capa aku mmg x lepas downhill sini. Aku ngan deen tergolek tapi x teruk. Tapi atas bukit nie ader gazeebo yg boleh view whole putrajaya. Breathtaking view. 

Turun bawak wandy ajak makan kat rumah die kat Telok Panglima Garang. Die cakap 20 min. Mau 40 min baru sampai. Tapi segala keletihan drive berbaloi, mak die masak fehhh.. sambal udang, telor goreng ngan ayam kicap. Aku yg x makan banyak nie pun menambah2. 

Sebelum balik singgah kedai basikal Abg Din kat situ repair rantai lan, secara x sengaja aku terangkat lak RockShok Dart 3 atas racunan kawan2 yg kutuk sapa pakai RST Capa nie. Lepak kedai tu sampai kul 7, timba ilmu XC dan Downhill. Bro2 kedai tu mmg kool. So kepada am dan deen yg pakai XTR bersediala kene tapau dgn aku nyer rockshok ok.


Tuesday, March 17, 2009

15.03.09 | Putrajaya MR

TWP > Wetland > Rumah SUK > Jambatan Seri Wawasan > Persint 2 > TWP (18.8KM)


1.Cd
2.Deen
3.Ali

Ari nie kiteorg gerak pagi sebab am x de dalam list. Kul 7.30 ali dgn deen da sampai rumah aku. Pekene Kuew tiaw goreng mak aku lu seround lepas tu trus gi Putrajaya. Kenapa putrajaya? sebab x ramai org, am dgn lan ada kenduri sepupu dieorg, wandy kene keje. Tapi ok jugak since dieorg nie x pernah ride kat putrajaya.

Ali buat lawak pagi. Lepas tol putrajaya die gi folo kete iswara lain. Aku nak keja die laju sebab pakai smart tag. Last2 ngan aku2 skali folo iswara tu masuk cyberjaya. Pening gak time tu nak cari jalan ke putrajaya. Nak on GPS batt HP aku kong lak. Haih, tapi berkat doa ibu bapa aku jumpa gak jalan.

Sampai TWP (taman warisan pertanian) pasang2 basikal dan gerak. Ali ari nie semangat die lain macam skit. Kayu laju cam motobot. Deen pun laju tapi stay dgn aku. Kira aku jadi benchmark la (padahal aku pancit). Skali tu ali menonong kedepan tinggalkan kiteorg dalam 200m dan die terlepas simpang. Aku ngan deen jenuh jerit x didengarnya. Last2 aku tunggu la kat simpang tu. Bile ali sedar die da sesat die patah balik dan jumpe kiteorg sambil kene kutuk 2 3 round.

Putrajaya hujan malam tadi so trek agak mencabar. Banyak lopak2 selut yg tebal2. Perlu pikirkan jalan2 yg sesuai menyisir tepian-tepian trek. Deen sangkut dalam selut tebal, tayarnya menjadi tebal skali. Siap ngan gear2 masuk selut kayuh da x best. Kiteorg teruskan perjalanan sampai tepi tasik. So Deen ngan ali trus rendam basikal dalam tasik tu. 

Ali lak tgh2 kayuh sakit perut, tapi mmg die bernasib baik. Tiba2 ada toilet depan kiteorg die pun melepasla 2 round. Aku ngan deen pekene sebatang dua rokok. Lagi sekilo nak abis taya Ali pancit lak. Ali jerit "Woi, brenti aku pancit!" Aku balas "x kan ko pancit kot.. skit je lagi" Ali menyahut "Bukan aku pancit, tayar aku laaaaa" Deen menyahut "Abis tu? Tolak la.. ahahahahah"

Ali menolak basikal dgn pasrah. 

Putrajaya mmg cantik. Aku bersyukur duduk dalam negara yg aman dan maju ni.

Sunday, March 8, 2009

08.03.09 | Kayuhan Sawah Padi Sg Sireh, Tg Karang

Pusat Homestay Sg Sireh > pusing2 > sampai balik (32km)

Route : https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg9owYDyYGt8mg7SQ_PTh_gI5KYbyF5eX2v2VucJAKIZbxb_AT0cR1ZAkPmM6azj-UFxCRvChPkkag-3YzUx25IJEbbb42nnumlOPZIr_XOCQtHrZGQadxDag49Tsz6Q2F2flFTlFE_5WS7/s1600-h/sg.jpg


1. Cd
2. Wandy
3. Geng-geng PERs & Gedebe
(total 30 org)

Wandy paling bersemangat utk ride kali nie. Die x pernah kayuh lebih 10 km kayuh, lepas ke x tu. Kami bermalam di rumah Pak Aji Yusuff melalui program homestay yg diadakan disini. Bukan apa, malas nak drive pagi2 bute ke tg karang nie dr kl. Lagi pun ok apa. Lama da x lepak kat area2 kampung.

7.00 am aku sampai ke RV point. Dr Taufik dan en. Sallehudin da sampai. Tunggu semua sampai sambil hirup udara segar tepi sungai dan mengambil beberapa gambar yg x jadi. Dalam 8.30 pagi kami memulakan perjalanan. Feel kayuh pagi2 tepi sawah nie lain. Perasaan yg pernah aku rasa. Camne ek nak citer, rasa macam berada dalam keadaan yg sgt selesa. Ala macam korang tgk iklan kat tv yg model2 tutup mata goyang2kan rambut tu. Hah, cam tu la rasa selesa die.

2 stop sebelum menghabiskan route ini. Masa brenti nie la sempat amik satu dua keping gambar. Banyak gambar sawah padi je. Padi pada ketika ini merupaka pada fasa baru nak matang. Ahahaha tah la.. tapi cam baru tanam la. Menghijau je semua petak2 padi. Entah skrang ada lagi ke tidak ikan sekila (ikan laga) yg aku slalu tangkap kat bendang kecik2 dulu. Bebudak skrang reti ke turun bendang lagi?

Pukul 11 kami semua berjaya tiba ke check point terakhir tampa berlaku apa2 kecederaan. Alhamdullilah. Lepas salam2 semua aku pun gerak balik, tapi tekak nie dahaga lagi. Singgah la kedai kopi kampung nie. Meja full so aku tumpang la meja mamat2 kg nie. Skali duk depan aku mamat AM dari Raja Lawak musim baru nie. Dahla astro tgh pasang raja lawak. Menyembang terus la ngan dia. X de arr lawak sgt mamat tu kat luar.. die belum jumpe Joey budak ofis aku lagi. Hu hu.. 

Sampai rumah pak aji kami x stay lama. Mandi2 trus chow. Sebelum balik eluarga pak aji sempah hadiahkan kami 4 biji kelapa muda. 

Sunday, March 1, 2009

01.03.09 | FRIM

Balau > Dream > Rover


1. Lan
2. Am
3. Faizal
4. Din
5. Ali
6. Firdaus
7. Cd
8. Wandy
9. Zul

Lambat cam biasa. Kul 11 lebih sampai FRIM, Faizal n the geng da pusing seround. Aku siap cakap "faizl, ko larat ke lagi.. takut ko kene tinggal je." Last2 aku kene tinggal.. ahahahahah. Mmg geng tenaga kuda nie sukar ditewaskan. 

Geng2 pancit jalan lu. Tgh tolak kat Bukit Balau kene potong ngan sorang2. Sayu aku tgk dieorg potong aku. Lemah sgt ke aku? Itu la dulu org ajak bersenam x nak. 24 jam depan PC main World of Warcraft. Camne malam pertama nanti.. Kene build up stamina nie.

Sampai je entrance Dream trail, wandy da terbaring. Nak pitam katanya. Ahh tu la aku da cakap jgn paksa sgt first bukit tu.. degil nak kayuh gak. Malu konon tolak basikal. Aku ngan machonya trus angkat basikal lead masuk Dream trail. Fuh, banyak peningkatan x turun lansung kali ni. Elak sana elak sini peng'control'an downhill yg cemerlang tapi sebelum batu besar tu tergolek gak aku silap baget tayar masuk lobang. Sib baik seluar banyak padding. 

Lepas tolak kat batu besar tu tunggu Wandy ngan Ali. Wandy sampai flat lagi. Tah apa die buat malam tadi sampai pancit camni. Ali jalan dulu tinggalkan kiteorg. Aku ngan wandy jalan berenti jalan brenti. Aku teman je wandy sebab maklumla bahaya nak tinggal die sorang2 tgh hutan nie. Sampai jembatan bebudak nie da bosan tunggu. Tapi trek kali nie licin betul. Malam tadi hujan kot. Banyak corner kene tolak. Taya x grip. Bukan tayar je. Kasut aku pun x grip. Haih.. nak pow tunang aku kasut, die kata nanti boipren lari kalau belikan kasut. X pe la.. tunggu gaji angkat kasut baru. 

Abis Dream trus downhill rover dan x brenti kat air terjun atas. Tapi ramai plak mat salleh trekking. Siap sorang mat saleh nie macam marah sebab kiteorg x bunyikan bell. Apa lobang taruk bell kat beskal. X macho arr. 

Lepas rover kat 'simpang clash' wandy terbaring lagi. Da x larat beno die nie. X pe la aku ngan ali pun folo die trus gi mamak. Bebudak nie sambung Bukit Hari dan track 501. 

Lepas jumpa kat mamak, Faizal balik dulu kiteorg gi air terjun nak rilek2. Time nie Din kuar DSLR die sesi fotografi. Aku x lepak lama sebab wandy nak dating. So ari nie x puas sgt sebab ada member pancit dan aku pun agak pancit gak.

Sunday, February 22, 2009

22.2.09 | Batu Dam > FRIM

Balau > Dream > Rover > Bukit Hari > Steroid > 501
Route:http://picasaweb.google.com/lh/photo/LfQd9YftOZXRxAP3baoY4Q?authkey=Gv1sRgCK6p5YX9iqW_1QE&feat=directlink

1. Lan
2. Am (bawak 3 botol air revive sebab kene tipu ngan minah shell yg cun)
3. Faizal
4. Din
5. Ali
6. Cd

Drama... Mengapa setiap minggu perlu ada drama. AM!! ari nie sampai kul 10.30 lagi kat taqwa. Lan backing katanya letih kene sampai kul 8 pg tadi, x pe la. Kalau Am x de pun x best gak. x de org nak tapau nanti time downhill. 

Ali beli basikal baru. Kul 9 da sampai taqwa dgn anak bini dan bangga dgn basikal tbolt RM 700 berwarna hijau kawasakinya. Kul 11 baru kiteorg gerak gi Batu Dam. Nostalgia lama terkenang kembali bila melalui jalan ke Batu dam. Dulu zaman moto mmg slalu lalu jalan nie nak ke genting ikut jalan selekoh maut. Ada skali aku tergolek kat jalan nie sib baik full padding calar pun x de. Calar dihati tgk Pegaso 650 aku bercalar je .

Berbalik kepada cerita Batu dam. Sampai2 batu dam Am Lan dan din da unpacking basikal tapi gate Batu Dam x bukak pun. Ada guard jaga. Tetiba kuar sorang pakcik datang bercerita tentang polisi baru batu dam. Rupenya selama ni Batu dam adalah tempat larangan dan sekarang kepada sesiapa yg nak berriadah didalam batu dam perlukan surat dari Jabatan Pengairan dan Saliran. Alang2 da carita aku kasi je la alamat, kalau korang nak pergi tulis surat hantar mintak kebenaran di: 

Jabatan Pengairan dan Saliran
Wilayah Persekutuan RTB/LSgK
Jalan Sultan Salahuddin,
50626 Kuala Lumpur
Tel : 26981711/791/642

Terus dgn kehampaan kami repack balik basikal disamping memandang Ali sambil merasa ragu2 dgn kemalangan nasibnya first ride terpaksa ke FRIM yg penuh pancaroba. 

Dalam kul 12 lebih sampai FRIM dan repack basikal. Setting dan pam apa yg patut. Baru kami sedar yg basikal Ali bocor rear shocknya. GG . Ali da la berat, x de shock belakang lak tu.. aku x tau la apa akan jadi satgi. Nak tak nak terpaksa la die kayuh gak ngan keadaan yg serba kekurangan. 

Tecnikal trail adalah cabaran yg sangat sukar buat Ali, Kami mengeskot beliau menyusuri laluan2 kecil, gelap dan licin dgn berhati2. Harap semuanya berjalan lancar. X LANCAR RUPENYER!!!!!! Bagi ali trek kami sungguh membunuh diri dan dia banyak TNT sepanjang trek. Kami jalan dan tunggu, jalan dan tunggu (aku untung arr sebab leh rehat akibat pancit melampau) sampai di air terjun kami refill air dan kalini x lepak lama. Di rover trail kali ini joggers x begitu ramai dan kami dapat menghayati downhill dgn baik. Bagitu juga Ali.

Dihujung Rover Ali giveup dan die membawa haluan sendri dan menunggu kami di mamak. Dah 3 minggu ada org berpecah di simpang ini. Aku menggelar simpang ini, Simpang Clash. ! minggu tu aku terpaksa berlari mencari toilet, skali tu basikal Arep patah gearnya dan kalini Ali nyer basikal problem. X pe la, Kami teruskan ke stroid. 

Perjalanan ke stroid sungguh imba, bukit je manjang. Kayuh slow2 macam kata org tua2. Huhuhu jgn salah tafsir lak. Sampai je di kaki bukit Stroid Faizal menunjukkan laluan bukit dan secara automatiknya moral aku cair umpama ice dikepit di ketiak. Tinggi melampau!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!. Patut la nama bukit die Stroid, mmg sapa2 yg nak panjat kene suntuk stroid baru leh kayuh sampai abis. Dgn hati yg tabah aku mula berkayuh, dan dgn hati yg tabah 20 meter kemudian aku turun dan tolak basikal. X lama lepas tu Lan pun turun, Am, Din dan Faizal masih berkayuh, Am berenti pada 60% trek disusuli Din dan Faizal berjaya kayuh tampa henti hingga penghujungnya... TANPA STEROID. 

Permandangan diataspuncak sungguh menusuk kalbu.. semua pokok2 telah ditebang.. Pembalakan haram apa. Setelah berehat dalam 10 min kami bersedia mengharungi downhill yang paling berbahaya di FRIM. Faizal, Lan, aku, AM dan Din meluncur laju. Gegaran yg amat sgt sehingga aku hampir terlepas handle. Jika nak dibandingkan downhill rover dan stroid aku rasa macam siti dgn dina. X fight lansung. Alhamdullillah semua selamat turun. 

Masa tu kalau aku ada jantung ultraman aku rasa da sentiasa merah berkelip2 je stamina. Nak x nak kene teruskan mencari jalan pulang jugak. Tapi downhill lepas nie cun. X ganas sgt tapi feel. dan di akhir trek Faizal tunjukkan trail baru yg potong jalan tar turun bukit tinggi tu. Trail baru ni ala2 tecnikel trail dan banyak downhill dan selekoh tiba2 dan keluar kat mata air. Nyaman.

Sampai mamak lepak minum makan, Am pulak nak mandi air terjun. ye la ye la. Aku pun bawak die gi air terjun bawah tu. Sampai2 am bukak baju terjun terus, Lan senyap2 gi kat air sedar2 da x pakai baju gak tgh mandi. Aku ngan din je macho mengawal situasi.

Abis sume packing balik, singgah rumah Lan repair basikal Ali. da ok sume gi Taqwa makan sambil tunggu bini Ali sampai. Satel sume aku sampai rumah kul 8 malam. Letih tapi puas. Macam malam pertama (macam aku tau tau je.. hehehehee. )

Sunday, February 15, 2009

15.2.09 | FRIM

Balau > Dream > Rover > Bukit Hari > 501
Route : http://picasaweb.google.com/lh/photo/1rXLE99qVWGFT2sy327iUQ?authkey=Gv1sRgCK6p5YX9iqW_1QE&feat=directlink

1. Lan
2. Am (@ Unta sebab semua barang sumbat kat beg die)
3. Hafiz
4. Din
5. Wandy
6. Cd
7. Arep

Hari yg tragis, Ali nak ikut tapi x cukup basikal. Arep da book dulu. Terasa Aura Ali hendak membeli basikal sebab x dapat folo ari nie. Aku, wandy n arep sampai mamak thaqwa kul 8.15, sorang pun x de. Padahal janji kul 8. Sepuluh minit lepas tu nampak lan n din sampai naik basikal. Alasan dieorg sama je, AM. Aku x tau la am nie spesis apa. Tido nak bangun punya payah. Spesis beruang herbenasi kot. 

Lepas sarapan packing basikal, dalam kul 9 lebih baru gerak dari rumah lan, sampai Frim kul 9.30. Tame nie pun da ramai cyclist balik. Memula aku nak parking luar save RM5 fee masuk FRIM tapi dieorg cakao kalau kayuh ke dalam 1 basikal RM 3 s0 3 basikal lagi rugi. Baya je la, terus aku pow wandy ngan arep untuk kasi kat pak guard FRIM. Lepas parking depan sek tu kerja pemunggahan basikal dijalankan. Basikal aku ngan wandy senang, masuk seat blakang ngan bonet, basikal dieorg nie pakai rack azab gak aku tgk, ada la setengah jam nak siap sume. 

Aku, arep n wandy (aka team pancit) jalan lu, sebab first2 route kita lalu nie bukit aja. Dieorg tunggu hafiz x sampai2 lg. Aep x la sepancit yg dibayangkan walaupun nie first ride die. Sampai di entrance tecnical trail kiteorg lepak tunggu geng2 tenaga kuda nie terutama din yg menggunakan kakinya yg panjang sebagai advantage. 

Arep duk tengah sebab x nak die tertinggal. Malangnya break arep x makan so arep banyak TNT sepanjang tenical trail nie. Nak dijadikan cerita, gear arep sangkut ngan rantai and patah, jeng jeng jeng.. tgh2 hutan nie. try2  repair x dpt, tapi dapat jugak buat bypass gear so boleh la kayuh seperti berada di gear besar. Atleast leh kayuh sampai kete lepas turun hutan nie. Masa tgh tgk2 basikal arep nie ada satu laluan curam aku ngan wandy turun tanpa TNT and din nak folo tetapi kaki die panjang sgt sampai sangkut lalu tboltnya 360 terbalik, hafiz lak konon2 nak ngelak pun sangukut skali menghempap lututnya yg da sedia cedera tu. Sorang lagi injurt. Tapi hafiz still leh kayuh skit2. 

Sampai di air terjun atas kiteorg lepak sume kat atas. Am dgn x sabar2 bukak baju terjun sambil merenjis2 kan ari ke arah kiteorg. Bengang arr, kering2 jadi basah, aku pun bukak baju n seluar tinggal tight terjun skali ahahahhaha, sejuk dooo.. mmg layan sampai kaki aku krem. Lepak situ dalam 30 min kiteorg gerak. Turun2 dr rover arep terus ke mamak kiteorg sambung 1 lagi trail. 

Last trail nie ikut jalan ke steroid tapi x ke stroid. Sampai simpang 3 kiteorg turun bukit yg sgt steep dan jalan berlobang2. mmg feel, am potong aku yg tgh lead kat selekoh selut aku kasi can die gi dulu. Trail nie turun naik turun naik. tapi naik die x steep tapi panjang. layan gak arr.. Kuar2 trus jalan tar and kami trus ke mamak. 

Pekene nasi + ikan keli + sambal petai + telo asin = fehhhhhhhhh 

Wednesday, February 11, 2009

10.2.09 | Nite Ride

AU 4 > AU 1 (11.2km)

1.Cd

My first nite ride. Bebudak nie ajak lepak minum kat tomboi pastu surh bawak laptop nak tgk gamba broga.. fuh camne nak kayuh bawak laptop nie. Hmm... belasah je la. Letak laptop dalam beg deuter aku kayuh sampai rumah azrul yg berhampiran dgn kedai tomboi.

Aku yg naik beskal lagi awal sampai dari yg naik kete. Terasa emo sebentar. Kasi azrul laptop suh bawak kedai aku nak gi cari rokok. Lepak2 dalam sejam setengan aku kayuh balik. Laptop tinggal rumah azrul sebab aku risau la bawak laptop malam2 takut jadi paper melesap laptop aku.

Sampai rumah kul 1 pg. So, pengajaran, jgn la ride malam x de lampu... ahahhahaha aku gamble je. Bahaya do, banyak gak kete hon aku. Xpe ari nie nak try je. Pasi aku beli lampu depan n blakang dgn segera. Nak harapkan Am beli sampai bile2 aku pakai pelita minyak tanah.

Sunday, February 8, 2009

8.2.09 | FRIM

Balau > Dream > Rover

1.Lan
2.Am
3.Din
4.Hafiz
5.Faizal
6.Wandy
7.Cd

Hafiz sampai kul 8.30, sy dan wandy sampai kul 9.00 dan yg lebih2 
sampai kul 10.30. CCB betulla. Sampai da muak tunggu. Kononya 
moto am minyak abis kene tolak moto. Kalu ni 2 org first time ride, 
Din and Wandy. Route nie lain dari route minggu lepas dan x sangka 
ia SGT SUSAH! Semalam sy dan Wandy da panjat bukit broga so 
stamina mmg kurang. Sgt kurang dan menyebabkan 1st bukit da 
mengah macam baru lepas bersalin. Trek ari ni bermula dari depan 
bunglo betul2 lepas sek rendah Frim tu trus naik bukit. Memula trek 
nie cam rover trail tapi die satu check point route nie abis dan 
rupenyer ada satu single lane track. Masuk la ke Tectical trail (sy 
pun x tau nama sebenar trail nie). Trail nie merupakan single lane 
dan penuh dgn batu2 dan akar2 yg licin so downhill pun perlu berhati2 
dan jika jatuh trus ke sisi bukit.

Dalam 30 min dlm tectical keluar ke rover trail dan kami terus menuju
ke air terjun. Lepak di air terjun agak lama. Letih sgt kot dan ada ramai 
pelajar2 U (wanita) lepak situ so makin lamalah kami melepak. Perut 
saya disedut pacat durjana. Wandy yg mula2 perasan sebab baju saya
penuh dgn darah. Din pula kene penangan pacat di kaki. Rasanya 
kalau lepas hujan mau penuh ngan pacat macam consert kat trail tadi.

Turun2 dari rover sy dan wandy trus ke masjid sebab perutku memulas
-mulas. Dieorg sambung satu lagi trail pendek dan kami berjumpa 
semula di simpang masjid. Ingat nak lepak mamak tapi tutup la plak. 
Last2 gi balik kat kereta dan balik melepak kat Taqwa, Kg. Batu.

Monday, February 2, 2009

2.2.09 | FRIM

Rover Trail (7.85KM)

1.Dr. Azmi
2.Pak Adib
3.Cd
4.Andrew

First time gi FRIM. Terpaksa tgk wikimapia utk route jalan. Alhamdullilah sampai dgn selamat dan tidak sesat. Jem jugak time nak masuk FRIM tu sebab Selangor keje ari nie.. Kiteorg org wilayah mmg menghabiskan cuti dgn ride beskal la.

7.45 sampai Sek. Keb. FRIM. Parking depan tu. En. Adib da sampai siap da bawak kuar basikal. Tak lama lepas tu Dr. Azmi sampai. Dengar brief dari Dr. Azmi kiteorg akan lalu Rover trail yg agak tinggi. Sy mengyekan aja apa yg die cakap, satu pun x paham sebab x pernah sampai.

Dalam 8.15 kami mula bergerak dalam 10 min sampai Rover trail tu. Fuh agak mencabar jugak dgn jalan gravel dan curam dalam 10`-15`. Semua set gear paling low dan kami mula mendaki. Rasa2nya dalam 500m je boleh kayuh lepas tu kiteorg strat TNT (turun n tolak) tapi bila sampai jalan yg mendatar kami kayuh balik.

Sampai di puncak terdapat air terjun dan beberapa pelawat tgh mandi. Geram je rasa nak mandi. Tapi ililah 1st time sy rasa downhill yg sebenar. Cuak wei, turun bukit laju jalan bawah2 ngan daun2 kering. Rasa silap aribulan leh jatuh gaung tu. Dgn berhati2 dapat gak habiskan downhill tu. Mmg layan. Rasa nak repete sepam lagi tapi memikirkan kene naik balik x pe la.. lain kali je la.

sampai je bawah kami ke kaki air terjun terjumpe dgn geng2 Gedebe. Sembang2 lepas tu pekene milo tarik ngan roti telor kat kedai mamak depan skit. Lepak skali ngan bro2 yg reguler kayuh kat sini. Da pencen tapi kalau dieorg ajak sy race mmg sy kene tinggal 7 tiang.

Hari nie mmg puas panjat rover trail dan akan repete balik insyallah ahad depan dgn geng2 bikers.