Monday, October 19, 2009

17.10.09 | FRIM

Balau > Dream > Rover > Bukit Hari > Steroid > 501 > Air Terjun


1. Am
2. Lan
3. Cd
4. Zamani
5. Yus
6. Mat Nor

Berbulan x cycle.. lemak di kaki da berkembang pesat. Lemak di perut? usah ceritalah. Lemang, ketupat, nasi dagang semua x habis cerna lagi. Mmg aku memerlukan aktiviti jika x nak lemak2 nie menjadi penduduk tetap Duodenum aku.

Da 2 minggi si yus beriya ajak kayuh kat frim. Maklumla basikal baru. Bagus jugak trip kali nie. Yus dan zamani yg da berzaman aku x jumpa sedar2 da mula berkayuh. Siapa yg racun aku pun x tau. Mat nor kawan seofis yus yg juga baru jugak berkecimpung dalam aktiviti sihat dan merbahaya nie.

Da kawin nie setup untuk ke cycle lain skit. kalau dulu bangun tido cuci muka pack basikal da boleh gi trek. Skrang kene beli sarapan dulu, tunggu isteri bersiap hantar dia ke ofis dulu baru boleh ke FRIM. Aku paling lambat sampai. Dalam kul 10.15 kot. Sampai2 bebudak nie tgh pasang basikal. Ada problem lak ngan basikal2 baru nie.. basikal yus rantai tersangkut kat body, basikal zamani handelbar x leh ketat. Jenuh aku tgk Am duk troubleshoot basikal dieorg.

Matahari da terpacak atas kepala baru kiteorg start kayuh, tapi x pa.. dalam hutan teduh dan nyaman. Mmg terasa badan nie berat sebab lama x kayuh. nak lepas bukit first tu pun da guna semua kalori nasi goreng sarapan tadi. Sebelum turun dream trail kiteorg rehat lama gak sambil repair gear basikal zamani. X pe la zamani leh buat alasan lambat .. hehehe..

Perjalanan di Dream trail berjalan lancar cuma mat nod terjatuh skali dan tidak cedera. Biasa la tu. Sampai di air terjun atas tu ramai budak2 sek dari johor tgh mandi manda dan bergurau senda. Zamani dan lan naik atas gi refill air, tapi lama betul die kat atas. turun2 die cakap ada amoi baik punya tgh mandi manda atas tu siap bawak tripod record acara dieorg tu. Tergerak gak nak naik atas tgk tapi malas la nak panjat batu2 tinggi tu. Lagipun aku da kawin.. mana leh usar awek2 lain...

Sampai di simpang clash zamani da start ajak aku shortcut balik tunggu kat mamak. Aku pun da nak terpedaya sebab da x larat nak naik bukit lagong. tapi rugi gak x tunjuk kat geng2 baru nie bukit steroid yg digeruni tu. kayuh gak la dgn tenaga yg minima. Sampai stroid Lan, am dgn yus je naik, lain sume da pancit. Lan pinjam basikal Merida mark 5 mat nor nak test hard tail panjat bukit. Yus separuh jalan je bukit stroid tu sebab x larat.

Keluar dari hutan nak lepak mamak tutup pulak sempena Deepavali nie. So kiteorg gi air terjun cari air ngan makanan. Aku beli nasi kukus RM 5 makan tepi air terjun. Fehh.. terasa sedap sgt nasi kukus tu. Nasi sedap + suasana nyaman + perut lapar + badan letih = kenangan terindah.

Aku sampai rumah kul 3.. x sempat tido da kene ambil isteri balik keje.


1 comment:

  1. Hoit CDR..

    gile lama tak update blog :D

    jom jande baik.. makan nasik lomak..

    ReplyDelete