Tuesday, February 7, 2012

14.01.12 | Tasik Metropolitan Kepong

1. Cd
2. Haidir

Baru-baru nie adik aku beli basikal lipat. Kebetulan Hidir pun ada basikal lipat. Aku pun nak try gak basikal lipat nie. Ajak je trus Haidir on.

Hidir dtg rumah aku. So pack 2 2 basikal dalam kereta aku dan bertolaklah kami pukul 5 camtu. Sampai2 cam biasa la.. penuh parking. Kami parking pun tepi highway je. Dari situ trus berbasikal pusing tasik.

Tasik cantik tapi belah2 belakang tasik nie agak horror gak.. air hijau dan berbau.. tapi couple2 rilek je dating. Mmg besar do tasik nie. Dan bermacam2 jenis aktiviti bole kita tgk. Paling ramai mmg main layang2 la. Macam2 jenis ada. Ada yg kayuh fixie tapi bab naik bukit mmg dieorg tolak la. Ramai jugak yg memancing. Tapi paling aku x berkenan geng2 rempit kat tasik nie. Da la laluan kecik dieorg bawak moto lak kat dalam mmg agak mengjengkelkan la. Tapi aku paham la.. tasik besar so nak jalan mmg jauh la.

Kami buat beberapa pusingan pastu lepak tgk awek main layang2 sambil minum 100 Plus.

Sunday, November 13, 2011

13.11.11 | Frim (setelah lebih setahun x pergi)


13 Nov!!! Hari kebangkitan sukan berbasikal aku..

1. Cd
2. Lan
3. Zul

Huhuhu.. Lama wei x kayuh. Sgt lama. Lemak2 aku da berkumpul silap2 kalau lama skit lagi boleh jadi satu organ baru. Nasib baik aku sempat kayuh, jadi lemak2 tu da berpecah kembali. Tapi... masih belum cukup. Perlu teruskan usaha murni agar badanku boleh saing2 Aaron Aziz satu masa nnt. Insyallah..

Mmg da lama aku terniat nak kayuh balik tapi biasa la.. x de geng x best la kayuh. Geng2 lama da tinggalkan basikal dan bergiat aktif main moto balik.. tinggal la aku keseorangan sebab x de moto lg.. Kebetulan sepupu Zul aku baru beli MTB Orbea. Dari hari tu die ajak aku kayuh tapi bz skit sejak my wife kene shif balik.. kadang2 weeken pun shif.

Raya haji ari tu aku da nekad nak kayuh balik lepas sampai kl. Jadi mula2 plan hari sabtu tapi hujan lebat selebatnya so wa sambung tido.. Malam tu kol Lan tapi x angkat. Ahad bangun sekitar 8.00 AM walaupun mengantuk tido lambat layan BF3 aku try kol Lan mana la tau ada rezeki.. X dpt jugak.. Baru nak sambung tido Lan kol. Aku pun trus ajak kayuh. Die on aku trus kol Zul. Die pun on. K janji kul 9 kat Thaqwa kg batu.

Sampai2 Lan tgh tibai nasi lemak, sebelah nampak T-blaze. Aku agak konfius.. x kan lan nak bawak TBlaze gi Frim.. Die cam "Belasah je la.. malas da nak tukar2 basikal".. aku pun macam "k tarahal.. janji kayuh". Sampai Frim masuk free plak.. mmg terbaik.. Parking dkt sek rendah tu. Zul pun sampai.

Pasang2 basikal nak stretching skit2.. koya gaya atlit negara.. Pakai segala kelengkapan.. eh BTW glove baru sumbangan kawan aku sebab glove aku kene rembat ngan mamat yg pecah rumah aku tempoh hari. CCB, aku harap kalau ko kayuh basikal pakai glove aku ko jatuh gaung.. hahahah..

Ok. Zul nie slalu kayuh FRIM tapi die x biasa trek dalam2 nie.. Kiteorg pun plan nak bawak gi Dream trail. Hmm.. Lama x kayuh mmg mengubah stamina aku.. Bukit b4 dream trail tu pun aku da pancit.. Zul ngan Lan mmg naga.. so aku ketinggalan sorang2.. Suruh dieorg gi dulu.. x nak la sebab aku dieorg nak tolak basikal. Biasa la sorang2 dalam hutan macam2 pikir. Ada x rimau kat FRIM.. Cuak beb.. tapi tawakal je.

From When bikers goes cycle


Dulu Dream trail mmg fav aku. Tapi secara jujurnya dream trail da x sesuai utk kayuhan. Dgn ada pokok tumbang, trek berlubang2, corner da jadi cerun, tanah mendap dan akar da jadi cam tangga. Mungkin aku x pro tapi aku rasa pro pun cirit weh. Serius. Harap pihak frim akan memperbaiki trek fav aku..

From When bikers goes cycle


Lepas dream rover la cam biasa.. lepak jap kat air terjun tu.. ramai gle org. Amoi cun2. Minum amik gambar semua baru gerak. Aku mmg da tekad abis rover aku bail out. Suruh je dieorg cont gi steroid. Dieorg sambung aku trus gi mamak kat masjid tu. Sampai2 mamak tutup. Sembang2 ngan uncle guard tu ternyata mamak tu da mmg tutup trus.. Semua kedai makan kat picnic area tu je. Sms bebudak nie suruh jumpa kat kete trus.

Lepak2 kat 30 min dieorg sampai. Packing2 lepak kedai depan frim tu. Sampai rumah bersih2 skit basikal sebab lecak teruk (karang wife pandang slek kalau bawak masuk trus) dan sambung main BF3. eh.. ke tido.. hahahaha

From When bikers goes cycle


Monday, June 27, 2011

26.6.11 | Gi kerja

Hu hu hu hu hu hu

impian aku tercapai gak impian aku gi kerja nak beskal.. walaupun slow 15km/jap tapi x kisah la.. mula2 mmg slow. Stamina da x de nie brenti kayuh lebih setahun. Lagi 2 - 3 bulan kayuh insyallah leh buat 15km 40min kot.

Pergi x de masalah sgt siap leh wat kerja dgn cemerlang. BTW sabtu dan ahad weekend nie mmg kene kerja sebab ada bengkel migrasi system. Time balik tu baru 3 kayuhan da givap rasa nak kol adik suh amik.. hahah tapi try kayuh gak.. lagi sekilo rasa givap lg.. lagi sekilo rasa givap lg.. mmg givap je tapi ttp kayuh gak.. Akhirnya sampai gak rumah. Alhamdullialah.

Insyalah nak try lagi maybe seminggu skali.. Tapi isu nak simpan basikal kat ofis pulak.. Hmm..




Thursday, March 17, 2011

Aku Rindu KAYUH!!!!

Tahun 2010 merupakan tahun gelap dalam karrier berbasikal aku, tapi tahun yg indah dalam kehidupan aku. Aku dikurniakan anak perempuan yg comel Aasia Airish namanya.

Dgn isteri mengandung dan kelahiran Aasia aku tidak sanggup meninggalkan mereka berseorangan dirumah jadi tiadalah kayuh. Ada tu ada la tapi sekitar keramat je. Badan pun da x fit cam dulu.. kene workout banyak nie untuk mencapai tahap kayuh FRIM full loop 1 shot balik :D

Basikal pun banyak da berubah.. walaupun x kayuh upgrade ttp upgrade.. hehe frame, seat post, FD, taya semua da tukar. Basikal yg baru nie x rasmi2 lagi masuk offroad. Ingat nak start dgn kayuh di putrajaya balik.

Tapi... ramai geng2 kayuh da aktif moto balik.. Tinggal Lan je kot yg mungkin setia nak berkayuh. x pe.. ramai lagi geng2 yg bole di join. Cuma takut aku jadi bebanan je. Maklum la berat pun da naik balik nie.



Monday, November 2, 2009

31.10.09 | FRIM

Balau > Dream > Rover > Engkabang > Air Terjun

1. Am
2. Lan
3. Zamani
4. Cd
5. Wandy

Hari nie ride awal jugak.. kul 10 rasa. Aku dtg dgn wandy, Lan dgn Am kayuh dari rumah.. Zamani sampai trus gi mamak.. Die duk bising roti canai mamak RM 1 sekeping. huhu... aku ngan wandy jalan lu naik balau.. nanti jumpa dieorg kat entrance dream trail.. sebenarnya kiteorg nie pancit tu yg jalan dulu..

Sampai atas x lama pastu dieorg sampai. Lenjan dream trail sepantas boleh sampai la ke rover.. Brenti jap kat Air terjun refill air sambil usar budak UiA mandi manda. Masa nak turun tu am ajak gi Engkabang sebab nak shortcut balik, cuaca da makin gelap.

Enkabang lepas hujan makin ganas trek tu.. Slow je sorang2 turun. Wandy yg masih menggunakan RST Kappa terpaksa akur dgn situasi dan duduk kat blakang.. Tapi Zamani yg pakai hard tail lagi la.. cam naik kuda katanya. Kat hujung engkabang kene pikul basikal. Curam sgt cerun tu. Juara MTB Dunia pun x lepas aku rasa.

Keluar engkabang gi air terjun bawah beli nasi kukus ayam goreng makan ramai2 tepi air terjun. Fuh.. layann.



Monday, October 19, 2009

17.10.09 | FRIM

Balau > Dream > Rover > Bukit Hari > Steroid > 501 > Air Terjun


1. Am
2. Lan
3. Cd
4. Zamani
5. Yus
6. Mat Nor

Berbulan x cycle.. lemak di kaki da berkembang pesat. Lemak di perut? usah ceritalah. Lemang, ketupat, nasi dagang semua x habis cerna lagi. Mmg aku memerlukan aktiviti jika x nak lemak2 nie menjadi penduduk tetap Duodenum aku.

Da 2 minggi si yus beriya ajak kayuh kat frim. Maklumla basikal baru. Bagus jugak trip kali nie. Yus dan zamani yg da berzaman aku x jumpa sedar2 da mula berkayuh. Siapa yg racun aku pun x tau. Mat nor kawan seofis yus yg juga baru jugak berkecimpung dalam aktiviti sihat dan merbahaya nie.

Da kawin nie setup untuk ke cycle lain skit. kalau dulu bangun tido cuci muka pack basikal da boleh gi trek. Skrang kene beli sarapan dulu, tunggu isteri bersiap hantar dia ke ofis dulu baru boleh ke FRIM. Aku paling lambat sampai. Dalam kul 10.15 kot. Sampai2 bebudak nie tgh pasang basikal. Ada problem lak ngan basikal2 baru nie.. basikal yus rantai tersangkut kat body, basikal zamani handelbar x leh ketat. Jenuh aku tgk Am duk troubleshoot basikal dieorg.

Matahari da terpacak atas kepala baru kiteorg start kayuh, tapi x pa.. dalam hutan teduh dan nyaman. Mmg terasa badan nie berat sebab lama x kayuh. nak lepas bukit first tu pun da guna semua kalori nasi goreng sarapan tadi. Sebelum turun dream trail kiteorg rehat lama gak sambil repair gear basikal zamani. X pe la zamani leh buat alasan lambat .. hehehe..

Perjalanan di Dream trail berjalan lancar cuma mat nod terjatuh skali dan tidak cedera. Biasa la tu. Sampai di air terjun atas tu ramai budak2 sek dari johor tgh mandi manda dan bergurau senda. Zamani dan lan naik atas gi refill air, tapi lama betul die kat atas. turun2 die cakap ada amoi baik punya tgh mandi manda atas tu siap bawak tripod record acara dieorg tu. Tergerak gak nak naik atas tgk tapi malas la nak panjat batu2 tinggi tu. Lagipun aku da kawin.. mana leh usar awek2 lain...

Sampai di simpang clash zamani da start ajak aku shortcut balik tunggu kat mamak. Aku pun da nak terpedaya sebab da x larat nak naik bukit lagong. tapi rugi gak x tunjuk kat geng2 baru nie bukit steroid yg digeruni tu. kayuh gak la dgn tenaga yg minima. Sampai stroid Lan, am dgn yus je naik, lain sume da pancit. Lan pinjam basikal Merida mark 5 mat nor nak test hard tail panjat bukit. Yus separuh jalan je bukit stroid tu sebab x larat.

Keluar dari hutan nak lepak mamak tutup pulak sempena Deepavali nie. So kiteorg gi air terjun cari air ngan makanan. Aku beli nasi kukus RM 5 makan tepi air terjun. Fehh.. terasa sedap sgt nasi kukus tu. Nasi sedap + suasana nyaman + perut lapar + badan letih = kenangan terindah.

Aku sampai rumah kul 3.. x sempat tido da kene ambil isteri balik keje.


Sunday, August 2, 2009

02.08.09 | FRIM

Balau > Dream > Rover > Bukit Hari > Steroid > 501 > Air Terjun

Route : http://picasaweb.google.com/lh/photo/LfQd9YftOZXRxAP3baoY4Q?authkey=Gv1sRgCK6p5YX9iqW_1QE&feat=directlink

1. Am
2. Lan
3. Cd
4. Elle

First time am datang awal. Hampir x percaya bile aku nampak kelibat die kat petronas gombak kul 9 pagi. Elle member am nak folo and dieorg suruh aku guide die gi frim. Am ngan Lan nak kayuh gi sana. Suke ati dieorglah. Sampai2 frim jumpe faizal, fairuz and the geng.. aku da cuak. Ahhahaha bukan apa.. aku mmg x leh follow dieorg nie. Dieorg ibarat kuda aku nie baru level kambing gurun. Tak lama lepas tu Am ngan lan sampai.

Siap2 pasang basikal kiteorg gerak. Am nie pun satu.. Elle nie da la first time da dibawak nya dream trail. Aku yg da banyak kali pun x mahir lagi mengendalikan jentera basikal ku mengharungi rentangan di dream trail. Tapi alhamdullilah semua selamat sampai ke rover. Panjat rover brenti kat air terjun atas refill air. Aku x confident sgt air sungai nie memandangkan banyak case e-coli dan stok air aku ada banyak lagi.

Turun Rover gi bukit lagong trus ke steroid. Am sorang panjat. Aku ngan Lan temankan elle kat bawah. Kesian die sorang2 kalau kitaorg naik (padahal aku pun x larat). Lepas tu ke 501 nak sampai ujung aku ngan am ikut lorong kecik offroad yg kuar kat sungai kecik tu. Lan ngan elle lalu jalan.

Elle nie stamina leh tahan. Boleh tergugat gak la aku. Kalau wandy ada mau kene titik. Ahahahaha.. Da la aku da x kayuh 2 bulan. Stamina x sempat nak power da kene kontrol hebat. Ari nie kaki aku cam kebas2. Tapi x pe.. Mmg aku rindukan badan basah berpeluh. Rasa puas dgn ride kali nie.

Lepak mamak dalam 1/2 jam gi singgah air tejun dan terus balik. Lan nak kayuh balik. Am da pancit tumpang kete aku. Elle folo blakang pastu die potong aku dgn pantas. Skali ada roadblockla plak. Aku nampak kete elle kene tahan polis. Rasa nak brenti.. tapi da terlepas jauh. Aku nampak Lan yg kayuh tu brenti kat kete el.

el ko kene saman ke?

From We are the