Monday, October 19, 2009

17.10.09 | FRIM

Balau > Dream > Rover > Bukit Hari > Steroid > 501 > Air Terjun


1. Am
2. Lan
3. Cd
4. Zamani
5. Yus
6. Mat Nor

Berbulan x cycle.. lemak di kaki da berkembang pesat. Lemak di perut? usah ceritalah. Lemang, ketupat, nasi dagang semua x habis cerna lagi. Mmg aku memerlukan aktiviti jika x nak lemak2 nie menjadi penduduk tetap Duodenum aku.

Da 2 minggi si yus beriya ajak kayuh kat frim. Maklumla basikal baru. Bagus jugak trip kali nie. Yus dan zamani yg da berzaman aku x jumpa sedar2 da mula berkayuh. Siapa yg racun aku pun x tau. Mat nor kawan seofis yus yg juga baru jugak berkecimpung dalam aktiviti sihat dan merbahaya nie.

Da kawin nie setup untuk ke cycle lain skit. kalau dulu bangun tido cuci muka pack basikal da boleh gi trek. Skrang kene beli sarapan dulu, tunggu isteri bersiap hantar dia ke ofis dulu baru boleh ke FRIM. Aku paling lambat sampai. Dalam kul 10.15 kot. Sampai2 bebudak nie tgh pasang basikal. Ada problem lak ngan basikal2 baru nie.. basikal yus rantai tersangkut kat body, basikal zamani handelbar x leh ketat. Jenuh aku tgk Am duk troubleshoot basikal dieorg.

Matahari da terpacak atas kepala baru kiteorg start kayuh, tapi x pa.. dalam hutan teduh dan nyaman. Mmg terasa badan nie berat sebab lama x kayuh. nak lepas bukit first tu pun da guna semua kalori nasi goreng sarapan tadi. Sebelum turun dream trail kiteorg rehat lama gak sambil repair gear basikal zamani. X pe la zamani leh buat alasan lambat .. hehehe..

Perjalanan di Dream trail berjalan lancar cuma mat nod terjatuh skali dan tidak cedera. Biasa la tu. Sampai di air terjun atas tu ramai budak2 sek dari johor tgh mandi manda dan bergurau senda. Zamani dan lan naik atas gi refill air, tapi lama betul die kat atas. turun2 die cakap ada amoi baik punya tgh mandi manda atas tu siap bawak tripod record acara dieorg tu. Tergerak gak nak naik atas tgk tapi malas la nak panjat batu2 tinggi tu. Lagipun aku da kawin.. mana leh usar awek2 lain...

Sampai di simpang clash zamani da start ajak aku shortcut balik tunggu kat mamak. Aku pun da nak terpedaya sebab da x larat nak naik bukit lagong. tapi rugi gak x tunjuk kat geng2 baru nie bukit steroid yg digeruni tu. kayuh gak la dgn tenaga yg minima. Sampai stroid Lan, am dgn yus je naik, lain sume da pancit. Lan pinjam basikal Merida mark 5 mat nor nak test hard tail panjat bukit. Yus separuh jalan je bukit stroid tu sebab x larat.

Keluar dari hutan nak lepak mamak tutup pulak sempena Deepavali nie. So kiteorg gi air terjun cari air ngan makanan. Aku beli nasi kukus RM 5 makan tepi air terjun. Fehh.. terasa sedap sgt nasi kukus tu. Nasi sedap + suasana nyaman + perut lapar + badan letih = kenangan terindah.

Aku sampai rumah kul 3.. x sempat tido da kene ambil isteri balik keje.


Sunday, August 2, 2009

02.08.09 | FRIM

Balau > Dream > Rover > Bukit Hari > Steroid > 501 > Air Terjun

Route : http://picasaweb.google.com/lh/photo/LfQd9YftOZXRxAP3baoY4Q?authkey=Gv1sRgCK6p5YX9iqW_1QE&feat=directlink

1. Am
2. Lan
3. Cd
4. Elle

First time am datang awal. Hampir x percaya bile aku nampak kelibat die kat petronas gombak kul 9 pagi. Elle member am nak folo and dieorg suruh aku guide die gi frim. Am ngan Lan nak kayuh gi sana. Suke ati dieorglah. Sampai2 frim jumpe faizal, fairuz and the geng.. aku da cuak. Ahhahaha bukan apa.. aku mmg x leh follow dieorg nie. Dieorg ibarat kuda aku nie baru level kambing gurun. Tak lama lepas tu Am ngan lan sampai.

Siap2 pasang basikal kiteorg gerak. Am nie pun satu.. Elle nie da la first time da dibawak nya dream trail. Aku yg da banyak kali pun x mahir lagi mengendalikan jentera basikal ku mengharungi rentangan di dream trail. Tapi alhamdullilah semua selamat sampai ke rover. Panjat rover brenti kat air terjun atas refill air. Aku x confident sgt air sungai nie memandangkan banyak case e-coli dan stok air aku ada banyak lagi.

Turun Rover gi bukit lagong trus ke steroid. Am sorang panjat. Aku ngan Lan temankan elle kat bawah. Kesian die sorang2 kalau kitaorg naik (padahal aku pun x larat). Lepas tu ke 501 nak sampai ujung aku ngan am ikut lorong kecik offroad yg kuar kat sungai kecik tu. Lan ngan elle lalu jalan.

Elle nie stamina leh tahan. Boleh tergugat gak la aku. Kalau wandy ada mau kene titik. Ahahahaha.. Da la aku da x kayuh 2 bulan. Stamina x sempat nak power da kene kontrol hebat. Ari nie kaki aku cam kebas2. Tapi x pe.. Mmg aku rindukan badan basah berpeluh. Rasa puas dgn ride kali nie.

Lepak mamak dalam 1/2 jam gi singgah air tejun dan terus balik. Lan nak kayuh balik. Am da pancit tumpang kete aku. Elle folo blakang pastu die potong aku dgn pantas. Skali ada roadblockla plak. Aku nampak kete elle kene tahan polis. Rasa nak brenti.. tapi da terlepas jauh. Aku nampak Lan yg kayuh tu brenti kat kete el.

el ko kene saman ke?

From We are the


Thursday, July 30, 2009

30.7.09 | Le Tour De PPUKM

Keliling PPUKM (3 KM) | Maluri - Pelita KLCC - Maluri ( 9 KM)

1. Staff PPUKM
2. Gedebe (Pak Wan, Pak Kamad and Kak Faridah)


Sempena hari keselamatan PPUKM, untuk upacara penutuk organizer nak buat kayuhan basikal beramai2. Dalam 30 basikal show up. 20 daripadanya dipinjamkan oleh unit sukan UKM bangi. 3 km je. Peluh pun x sempat kuar. Tapi ramai awek2 kayuh layan gak arr.

Balik dari tu Deen, Am ngan Faizal ajak lepak pelita. Aku alang2 da bawak basikal nie kayuh la skit. Park kete kat maluri kayuh ke KLCC lalu bulatan pandan. Gle kete laju2 semua x sabar nak balik rumah setelah penat seharian bekerja.

X de part yg menarik pun cuma.. shok tgk aku lagi laju dari kete yg tgh jem.. heheheh

BTW : nie kayuhan pertama setelah 2 bulan stop akibat berkahwin :)

Monday, May 18, 2009

17.05.09 | Batu Dam

Riverstone Resort > Bukit Bukau > Sungai > Tepi Tasik > Empangan > Tempat Kayak > Riverstone (12.9 KM)


1. Am
2. Cd
3. Deen
4. Faizal
5. Fairuz
6. Nani

Nani first time kayuh basikal da kene ikut trail yg ganas. Salahkan Am Nani. Kali nie gerak awal dalam kul 10 ke Batu dam. Sampai2 ke riverstone jumpe satu group geng2 camping baru balik mandi tasik. Awek2 cun melambai pada ku. Hu hu.

Jalan je skit dari riverstone dieorg kona gi simpang yg ada bukit melampau.. Mmg melampau weh. Siap ada rekahan lagi tgh2 tu. Aku rasa 2 kali stroid ada kot. Aku kayuh skit je, lebih tu aku tolak menemankan am dan nani. Banyak gak simpang atas nie, skali tu kene jalan mati kene la naik balik bukit tinggi tu. Siap ada lalu tanah runtuh lagi. Banyak track macam da lama org la x lalu.. Pohoh2 renek da menutupi trek. Hanya percayakan faizal kami membontoti dia. 

Lama jugak baru sampai sebatang sungai. Sampai situ rehat2 basahkan badan skit. Kalau Nani x de, aku da separuh bogel berendam. Tapi x pe, kepala aku da berendam dalam tu. Lepas sungai first nie jalan da x berbukit bukau, Landai je lalu tepi2 tasik. Mmg cantik. Siap lalu kebun2 buah. Banyak gak port2 mancing sini. Ada bot2 pancing, rumah2 pancing. Siap ada org camping smbil memancing. 

Mula2 faizal cakap kene patah balik. Aku da nak givap da. Jauh do nak sampai empangan. Tapi ada lobang kat empangan tu, so kiteorg angkat basikal lalu empangan. Sgt nice view dari situ. Din kegembiraan siap amik video sambil menyanyi lagi ngan hp sambil berbasikal. 

Keluar empangan dekat pusat kayak Malaysia dan kiteorg berenti kat tempat rehat tepi tu makan aiskrem. Aku respek gak ngan Nani nie, first time folo tapi x mengeluh pun. Cuma die kurang pengalaman je lagi. Stamina da ok. Ok Nani pasni jgn x nak kayuh lagi.


Saturday, April 18, 2009

18.04.09 | FRIM

Balau > Dream > Rover > Engkabang > Air Terjun > Balau > Turun balik (12KM)


1. Am
2. Cd

Janji dgn am. X payah aku eloberatekan lagi. Mmg menghampakan. Janji kul 9.30, aku sampai kul 10.30 sebab aku tau die mesti lambat. die sampai kul 11.30. So pasni apa yg aku bajet kne x2.

Apa2pun ride ari nie puas. Fuh mmg mencabar. Dan kiteorg bawak video cam dari PSP aku. So sebab cable camera tu susah nak dapat aku modify pouch aku jadi beg camera letak kat dada. Aku namakan "Bra Cam" Hasilnya agak memuaskan. Cuma ada sesetengah trail tu aku silap setting camera so nampak handle aku je. 

Letih betul ari nie. Peluh aku da mencurah2 macam air hujan renyai2 basah. Baju aku toksah citer la. basah kuyup. Harap2 la 70% lemak badan aku cair kali nie. hehehehe. 

Bermula dgn Balau naik ke dream trail dan turun ke rover.  Tu trek biasa kiteorg lalu. Tgh2 kat rover jumpe Lan dan Zhafiri yg ari nie mood dieorg nak jungle trackking. So janji ngan dieorg jumpe kat mamak. Depan tu skit am cakap ada trail ganas. Trail Engkabang. Mmg banas. Stok2 steep 2-3 kaki. mmg kene pandai pilih tempat nak lalu. Banyak sgt akar dan sengan sgt tergolek. RST kapa mmg gg la trail nie. Hard tail pun sakit. Hujung trail nie ada satu jurang yg sangat tinggi. Kat sini kene angkat basikal. Nasib baik ada tali untuk tolong turun. 

Lepas kuar Engkabang gi mamak minum kejap pastu am nak mandi lak kat air terjun. Aku layankan ajer since x de apa yg nak dikejarkan ari ne. Lepas mandi kiteorg plan nak balik tapi pikir2 aku tertinggal cover PSP aku kat atas bukit balau. Aduh... letih tu nak panjat. Tapi am kata kejap je. Nak x nak kene naik gak. Sampai atas x de la plak. Turun balik bukit balau tu.  Downhill die ganas gak. Silap ari bulan leh xplore dgn detail tanah merah kat trek tu.

Lepas pack2 basikal gi lepak Thaqwa sambil mengorat waiter indon yg comel. Ami ke apa tah nama die. BTW Am aku da jumpe cover PSP aku. Kat umah rupenya. hu  hu hu






Sunday, April 12, 2009

11.04.09 | Kayuhan X Jadi

Rumah > patah balik

1. Cd

Musim hujan skrang nie. Nak berkayuh pun susah. Bukan x pernah berkayuh dalam hujan tapi sorang2 tgh2 hujan x best la. Kul 5 lebih aku kuar rumah ingat nak usar jalan baru dari wangsamaju ke AU3. Jalan tu belum siap baru tar separuh dan separuh masih lagi batu2 gravel. Untuk MTB mmg no probla kan. Kayuh x sampai 15 min. turun amik gambar jalan. Lepas tu terus hujan.

Macam pelesit la aku kayuh nak balik rumah. Aku shortcut angkat pasikal panjat bukit sebab nak pusing jauh. Sampai rumah kepasrahan lalu membasuh basikal aku.

Saturday, April 4, 2009

04.04.09 | Mencari Janda Baik

R&R Genting Sepah > Janda baik > R&R Genting Sepah


Basikal: 2 RB + 6MTB
Total distance: 33.72km
Mula: 8.30am, habis: 12.30pm
Total ride time: 1:50
Average speed: 18.26

Aku dgn Lan paling lambat sampai, tapi sib baik sebelum dieorg gerak.. kalau x kene tinggal keretapi lagi la. Pagi2 tu semangat mmg tinggi duk depan je sebab turun bukit all da way sampai la ke junction ke janda baik. 1st bukit da azab, 2 org kene TnT. Aku akui kedrat aku x cukut kuat lagi. Maklumla, bertahun2 x bersenam. 

Masa dieorg tgh ajak2 kat email aku ada tanya, "route nie banyak naik bukit x?" dan ada yg menjawab "biasa2 je". kalau biasa2 ok la kot. Sebenarnya.... Janda baik nie berada pada aras 120m dibawah R&R genting sepah. So kalau time pergi bukit die pun da tercungap2, nie kan time balik. 

Selepas sampai ke pekan janda baik, kiteorg brenti kat bus stop. Time tu aku da x larat sgt. So geng2 lain teruskan perjalanan 3-4 kilo ke hadapan ke jalan mati dan patah balik. Dr. taufik nyer basikal pancit dan dengar2 die jatuh sebab pakai kasut clip dan x sempat unclip. Aku sorang stay kat situ. Dieorg suruh aku gi kedai Pak Andak dulu.. x nak la.. nak gak aku sampai beramai2 so x de le nampak pancit pada kaca mata org2 lain.

Lepas makan kiteorg ikut jalan lain skit, lalu la sebelah sekolah2 yg time u ada acara silat. Lalu la sebelah sungai tpt rekeriasi dan beberapa chelat. Tapi bukit2 sama je.. naik turun, naik turun. 

Kesian geng2 aku kene tunggu aku, bukan salah aku aku pancit sebegini.. semuanya salah rokok. Tapi aku kene isap gak. Macho do sap kok depan awek. hehehehee. Bile sampai kat climb akhir yg panjangnya aku rasa 3-4 km aku tgk sorang2 hilang dari pandangan aku. Tapi x pe la.. aku redo dgn apa yg ada. Kita untung la jugak boleh kayuh walaupun slow compare dgn org2 yg x bernasib baik. 

20 min selepas org depan aku sampai baru aku sampai. Kesian tgk muka semua tunggu aku baru nak balik. Sorry la ek. Next time aku makan pil tikus jantan kasi power skit baru ride. hehehehe.