Sunday, February 22, 2009

22.2.09 | Batu Dam > FRIM

Balau > Dream > Rover > Bukit Hari > Steroid > 501
Route:http://picasaweb.google.com/lh/photo/LfQd9YftOZXRxAP3baoY4Q?authkey=Gv1sRgCK6p5YX9iqW_1QE&feat=directlink

1. Lan
2. Am (bawak 3 botol air revive sebab kene tipu ngan minah shell yg cun)
3. Faizal
4. Din
5. Ali
6. Cd

Drama... Mengapa setiap minggu perlu ada drama. AM!! ari nie sampai kul 10.30 lagi kat taqwa. Lan backing katanya letih kene sampai kul 8 pg tadi, x pe la. Kalau Am x de pun x best gak. x de org nak tapau nanti time downhill. 

Ali beli basikal baru. Kul 9 da sampai taqwa dgn anak bini dan bangga dgn basikal tbolt RM 700 berwarna hijau kawasakinya. Kul 11 baru kiteorg gerak gi Batu Dam. Nostalgia lama terkenang kembali bila melalui jalan ke Batu dam. Dulu zaman moto mmg slalu lalu jalan nie nak ke genting ikut jalan selekoh maut. Ada skali aku tergolek kat jalan nie sib baik full padding calar pun x de. Calar dihati tgk Pegaso 650 aku bercalar je .

Berbalik kepada cerita Batu dam. Sampai2 batu dam Am Lan dan din da unpacking basikal tapi gate Batu Dam x bukak pun. Ada guard jaga. Tetiba kuar sorang pakcik datang bercerita tentang polisi baru batu dam. Rupenya selama ni Batu dam adalah tempat larangan dan sekarang kepada sesiapa yg nak berriadah didalam batu dam perlukan surat dari Jabatan Pengairan dan Saliran. Alang2 da carita aku kasi je la alamat, kalau korang nak pergi tulis surat hantar mintak kebenaran di: 

Jabatan Pengairan dan Saliran
Wilayah Persekutuan RTB/LSgK
Jalan Sultan Salahuddin,
50626 Kuala Lumpur
Tel : 26981711/791/642

Terus dgn kehampaan kami repack balik basikal disamping memandang Ali sambil merasa ragu2 dgn kemalangan nasibnya first ride terpaksa ke FRIM yg penuh pancaroba. 

Dalam kul 12 lebih sampai FRIM dan repack basikal. Setting dan pam apa yg patut. Baru kami sedar yg basikal Ali bocor rear shocknya. GG . Ali da la berat, x de shock belakang lak tu.. aku x tau la apa akan jadi satgi. Nak tak nak terpaksa la die kayuh gak ngan keadaan yg serba kekurangan. 

Tecnikal trail adalah cabaran yg sangat sukar buat Ali, Kami mengeskot beliau menyusuri laluan2 kecil, gelap dan licin dgn berhati2. Harap semuanya berjalan lancar. X LANCAR RUPENYER!!!!!! Bagi ali trek kami sungguh membunuh diri dan dia banyak TNT sepanjang trek. Kami jalan dan tunggu, jalan dan tunggu (aku untung arr sebab leh rehat akibat pancit melampau) sampai di air terjun kami refill air dan kalini x lepak lama. Di rover trail kali ini joggers x begitu ramai dan kami dapat menghayati downhill dgn baik. Bagitu juga Ali.

Dihujung Rover Ali giveup dan die membawa haluan sendri dan menunggu kami di mamak. Dah 3 minggu ada org berpecah di simpang ini. Aku menggelar simpang ini, Simpang Clash. ! minggu tu aku terpaksa berlari mencari toilet, skali tu basikal Arep patah gearnya dan kalini Ali nyer basikal problem. X pe la, Kami teruskan ke stroid. 

Perjalanan ke stroid sungguh imba, bukit je manjang. Kayuh slow2 macam kata org tua2. Huhuhu jgn salah tafsir lak. Sampai je di kaki bukit Stroid Faizal menunjukkan laluan bukit dan secara automatiknya moral aku cair umpama ice dikepit di ketiak. Tinggi melampau!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!. Patut la nama bukit die Stroid, mmg sapa2 yg nak panjat kene suntuk stroid baru leh kayuh sampai abis. Dgn hati yg tabah aku mula berkayuh, dan dgn hati yg tabah 20 meter kemudian aku turun dan tolak basikal. X lama lepas tu Lan pun turun, Am, Din dan Faizal masih berkayuh, Am berenti pada 60% trek disusuli Din dan Faizal berjaya kayuh tampa henti hingga penghujungnya... TANPA STEROID. 

Permandangan diataspuncak sungguh menusuk kalbu.. semua pokok2 telah ditebang.. Pembalakan haram apa. Setelah berehat dalam 10 min kami bersedia mengharungi downhill yang paling berbahaya di FRIM. Faizal, Lan, aku, AM dan Din meluncur laju. Gegaran yg amat sgt sehingga aku hampir terlepas handle. Jika nak dibandingkan downhill rover dan stroid aku rasa macam siti dgn dina. X fight lansung. Alhamdullillah semua selamat turun. 

Masa tu kalau aku ada jantung ultraman aku rasa da sentiasa merah berkelip2 je stamina. Nak x nak kene teruskan mencari jalan pulang jugak. Tapi downhill lepas nie cun. X ganas sgt tapi feel. dan di akhir trek Faizal tunjukkan trail baru yg potong jalan tar turun bukit tinggi tu. Trail baru ni ala2 tecnikel trail dan banyak downhill dan selekoh tiba2 dan keluar kat mata air. Nyaman.

Sampai mamak lepak minum makan, Am pulak nak mandi air terjun. ye la ye la. Aku pun bawak die gi air terjun bawah tu. Sampai2 am bukak baju terjun terus, Lan senyap2 gi kat air sedar2 da x pakai baju gak tgh mandi. Aku ngan din je macho mengawal situasi.

Abis sume packing balik, singgah rumah Lan repair basikal Ali. da ok sume gi Taqwa makan sambil tunggu bini Ali sampai. Satel sume aku sampai rumah kul 8 malam. Letih tapi puas. Macam malam pertama (macam aku tau tau je.. hehehehee. )

2 comments:

  1. Rujukan Kami:
    Tarikh:

    Jabatan Pengairan dan Saliran
    Wilayah Persekutuan RTB/LSgK
    Jalan Sultan Salahuddin,
    50626 Kuala Lumpur
    Tel : 26981711/791/642
    Tuan,
    MEMOHON KEBENARAN UNTUK MENGGUNAKAN LALAUAN ??
    Dengan hormatnya saya perkara di atas dirujuk.
    Sukacita dimaklumkan bawa pihak kami ingin menggunakan laluan __________________________ sebagai aktiviti__________________. Oleh yang demikian, pihak kami ingin memohon jasa baik daripada pihak tuan untuk membenarkan pihak kami menggunakan laluan tersebut.
    Pihak kami amat berbesar hati sekiranya permohonan kami diluluskan secepat mungkin agar semua urusan berkaitan perkara tersebut di atas dapat berjalan dengan lancar dan teratur.
    Kerjasama dan perhatian pihak tuan didahului dengan ucapan terima kasih.
    Sekian, terima kasih.

    Yang Benar

    PENGARAH EKSPIDISI

    p/s- wei.. penuhkan ruang kosong.. AM takde MS word

    ReplyDelete
  2. ape pakai vista takde MS word ker??? gile kampong mari...

    ReplyDelete